Saban hari teknologi berkaitan kenderaan elektrik giat diterokai oleh pemain-pemain industri dalam Malaysia sejajar dengan perkembangan penggunaan EV di seluruh dunia.

Baru-baru ini PLUS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani satu kerjasama dalam melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya Malaysia seiring dengan komitmen kerajaan menuju pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissionsseawal tahun 2050.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, PLUS dan TNB akan melancarkan tiga inisiatif kelestarian dengan membangunkan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik, pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga dan pemasangan sistem solar fotovoltaik di bangunan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang terpilih.

Sumber Gambar: Facebook Umar Ridzuan
Sumber Gambar: Facebook Umar Ridzuan
Sumber Gambar: Berita Harian

Rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik itu akan dipasang di beberapa R&R terpilih dan berpotensi tinggi di sepanjang jajaran lebuhraya PLUS.

Manakala sistem pemantauan kecekapan tenaga dan system solar fotovoltaik pula akan dipasang pada bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara) dengan jumlah kapasiti lebih 360 kWp (kilowatt peak).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din menyatakan kerjasama itu dapat mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik dalam operasi perniagaan bagi meningkatkan lagi komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula memberitahu bahawa rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik bakal dibina itu bagi memastikan perjalanan pelanggan yang menggunakan kenderaan elektrik lebih lancar, selamat dan selesa khususnya di sepanjang lebuh raya PLUS.

Tambah kedua-dua pelopor industri terbabit, inisiatif ini bukan sahaja dapat menarik minat pengguna baru kenderaan elektrik, bahkan pengusaha pengangkutan khususnya syarikat multinasional yang mahu beralih menggunakan kenderaan berasaskan elektrik, sekaligus dapat mengurangkan pelepasan karbon serta menjimatkan kos operasi mereka.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel berkaitan beberapa inisiatif terbaharu ke arah kaedah pembayaran tanpa tunai.

Mudah Dan Pantas, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Isi Minyak Guna RFID TNG eWallet

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Santai Dan Mudah Faham, Orang Ramai Puji Iklan Terbaharu MyDebit

Sumber