Kecoh sejak beberapa bulan terakhir ini apabila dilaporkan PLUS bakal dijual kepada beberapa syarikat dalam dan luar negara. Kekecohan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kenaikan atau penurunan harga tol.

Kemelut mengenai status PLUS akhirnya berakhir pada hari ini apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pihak kerajaan telah memutuskan untuk tidak menjual PLUS sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

0C981CD3-5DC8-499D-BF4C-27D508D35FB3
Sumber: The Star Online

Tun Mahathir turut mengumumkan diskaun sebanyak 18% bakal ditawarkan PLUS pada tahun ini sekaligus memberikan caj tol yang lebih rendah buat para pengguna lebuh raya. Selain itu, konsesi tol juga dijangka bakal ditambah selama tempoh 30 tahun.

Setakat ini masih belum diketahui bilakah tarikh penawaran diskaun bakal dibuat. Walau bagaimanapun, ketiadaan kenaikan kadar tol buat semua lebuh raya kendalian PLUS pastinya memberi kelegaan buat orang ramai.

Sebelum ini dilaporkan ketiadaan lorong tambah nilai pada laluan keluar PLUS berjaya mengurangkan kesesakan sebanyak 48.2%.

Ketiadaan Lorong Tambah Nilai Pada Laluan Keluar PLUS Berjaya Mengurangkan 48.2% Kesesakan

Syarikat Antarabangsa Berminat Untuk Ambil Alih PLUS Malaysia Dengan Nilai RM3 Bilion

Sumber