Pada hari ini lebih ramai memilih kaedah pembayaran tanpa tunai semasa melakukan transaksi kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa pengguna.

Baru-baru ini PLUS telah mengumumkan bahawa pihaknya kini menawarkan kaedah pembayaran tanpa tunai di R&R dan Hentian Sebelah terpilih sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara kaedah pembayaran tanpa tunai diterima PLUS ialah menggunakan kad debit dan kad kredit yang menyokong MyDebit, Visa dan Mastercard. Manakala untuk e-wallet pula PLUS menerima aplikasi yang sering diguna pakai oleh orang ramai seperti TnG eWallet, Grab Pay, Shopee Pay, Boost, MAE dan MPay Wallet.

Sumber Gambar: Facebook PLUS Malaysia

Bagi merancakkan lagi penggunaan pembayaran tanpa tunai, penyedia e-wallet memberikan rebat yang tidak boleh dilepaskan oleh orang ramai. Grab Pay dan Shopee Pay menawarkan rebat RM3 untuk setiap perbelanjaan minima RM6 (terhad 10,000 pelanggan terawal), manakala TnG eWallet pula menawarkan rebat RM3 untuk setiap perbelanjaan minima RM5 (khas 33,000 pelanggan sahaja). Promosi tersebut berlangsung sehinggalah 31 Mac ini.

Masih tidak terlambat bagi pengguna untuk mendapatkan rebat-rebat tersebut di sembilan lokasi R&R dan Hentian Sebelah terpilih, iaitu R&R Rawang (Arah Utara), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), Hentian Sebelah Sg. Buloh (Arah Selatan), Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan) dan R&R Seremban (Arah Utara).

Manakala lokasi R&R dan Hentian Sebelah kedua-dua belah Utara-Selatan yang menerima pembayaran kad debit, kad kredit dan e-wallet pula berada di Hentian Sebelah Serdang, R&R Dengkil, R&R Tapah dan Hentian Sebelah Simpang Pulai.

Sebelum ini PLUS sedang menguji penggunaan kad debit dan kad kredit untuk pembayaran tol. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Sumber