Sejak pelaksanaan penggunaan RFID di plaza tol berkuatkuasa bermula pada 15 Januari lalu, pelbagai maklum balas yang diluahkan oleh para pengguna melalui media sosial masing-masing.

Antaranya masalah yang didakwa kerap berlaku kepada para pengguna ialah pelekat tag RFID mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor semasa berada di laluan plaza tol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, PLUS telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan telah mengambil tindakkan untuk penambahbaikan berdasarkan maklum balas yang dikongsikan oleh orang ramai.

1. Tambah pasukan di plaza tol

PLUS telah menambah kakitangan untuk membantu para pengguna di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.

2. Imbas tag RFID secara manual

Kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID sekiranya ada pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID. Andaikata tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.

3. Percuma ganti pelekat tag RFID

Jika pelekat tag RFID pengguna masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian dijalankan, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag pelekat RFID secara percuma.

Tambah pihak PLUS lagi, sebanyak 10% pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.

Para pengguna dialu-alukan untuk memberikan sebarang maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS atau P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.

Pada awal minggu ini para pengguna plaza tol meluahkan rasa tidak puas hati apabila sistem RFID gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau.

‘Sebelum Ini Dah Sesak, Sekarang Lagilah’ – Netizen Kurang Senang Penggunaan RFID Di Plaza Tol

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Proses Tambah Nilai Kad Jauh Lebih Mudah, Netizen Mahu Touch ‘n Go Tiru Seperti Indonesia

Sumber