Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada Februari lalu, dapat dilihat program ini nampaknya berjaya menerima jumlah pendaftaran yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai dengan jumlah suntikan kini yang melebihi 400,000 dos sehari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi peningkatan jumlah suntikan yang diterima rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.

Menerusi cadangan yang dimaklumkan Perdana Menteri, kelonggaran yang bakal diterima penerima dua dos suntikan vaksin terdiri daripada kelonggaran dari segi perjalanan serta makan atau dine-in di restoran.

Difahamkan cadangan dibuat sebagai tanda kehidupan rakyat sedikit demi sedikit dapat kembali kepada normal menerusi jumlah suntikan vaksin yang berikan kepada rakyat.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang keputusan rasmi daripada pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) mengenai perubahan SOP mengenai perjalanan mahupun dine-in di restoran.

Tular pada hari ini apabila seorang warga emas cacat penglihatan didapati sanggup berjalan sejauh 35 kilometer semata-mata untuk mendapatkan vaksin.

Nekad Mahu Dapatkan Vaksin, Warga Emas Cacat Penglihatan Ini Sanggup Berjalan Sejauh 35KM

Kurung Bekas Pekerja, Warga Rohingnya Dikenali ‘Long Tiger’ Ditahan Polis