Sekumpulan ‘influencer’ atau selebriti media sosial dari Kanada telah dirakam minum, merokok dan berpesta dalam penerbangan yang di sewa khas dari Kanada ke Mexico dan kejadian ini pantas membina kemarahan netizen. Menurut NDTV, sekumpulan selebriti tersebut kelihatan tidak memakai pelitup muka dikecam orang ramai kerana melanggar peraturan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan Kanada, di tengah-tengah kenaikan kes varian Omicron.

Selepas video tersebut tular, difahamkan bahawa kini beberapa syarikat penerbangan enggan menerbangkan kumpulan itu pulang ke Kanada. Selain itu, ia juga mendapat perhatian Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang berkata bahawa mereka ‘bodoh’ dalam satu sidang media baru-baru ini.

Difahamkan, acara itu dianjurkan oleh James Awad, pengasas 111 Private Club, yang menerbangkan sekumpulan ‘influencer’ dari Kanada ke Mexico pada 30 Disember 2021 dengan penerbangan Sunwing Airlines yang disewa khas. Selepas rakaman mereka berpesta tular di dalam pesawat mendapat tindak balas negatif dari orang ramai, Sunwing tanpa terburu-buru bertindak membatalkan penerbangan pulang mereka pada 5 Januari 2022. Air Transat dan Air Canada juga enggan menerbangkan mereka pulang dengan alasan bahawa mereka akan memberi ancaman keselamatan kepada krew penumpang yang lain.

Dalam satu video yang tular di media sosial, kelihatan sebotol vodka diedarkan dan sebahagian yang lain menghisap rokok elektronik di dalam pesawat.

“Seperti semua warga Kanada yang telah melihat video itu, saya amat kecewa,” kata Trudeau. “Kami tahu betapa sukarnya kaum pekerja untuk memastikan diri mereka selamat, mengehadkan perhimpunan keluarga mereka pada waktu Krismas, memakai pelitup muka, mendapatkan vaksin, melakukan semua perkara yang betul. Ia seperti satu tamparan di muka untuk melihat orang meletakkan diri mereka di luar sana, meletakkan rakyat mereka dalam risiko, meletakkan pekerja penerbangan dalam risiko kerana mereka tidak bertanggungjawab,” katanya.

Influencer Malaysia kebanyakannya ‘fake’ serta gagak pengaruhi orang ramai. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Influencer Malaysia Kebanyakannya ‘Fake’ Serta Gagal Pengaruhi Orang Ramai

Gara-Gara Konten ‘Prank’, Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag

Universiti Di Indonesia Tawar Kursus Pengajian Influencer, Syarat Wajib Mesti Ada 10,000 ‘Followers’