Perdana Menteri (PM) New Zealand Jacinda Arden memilih untuk membatalkan perkahwinannya setelah negara mengenakan sekatan baharu dalam usaha untuk menurunkan kes penularan varian Omicron COVID-19, lapor The Guardian.

Pada Ahad lalu, New Zealand telah mengenakan kewajiban memakai pelitup muka dan menghadkan perhimpunan awam. Dasar itu diambil selepas kerajaan mendapati terdapat peningkatan kes wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini termasuk penemuan sembilan kes varian omicron dalam komuniti yang hadir ke sebuah majlis perkahwinan. Sebuah keluarga didapati positif COVID-19 setelah pulang ke Nelson dengan kapal terbang selepas menghadiri majlis perkahwinan dan acara lain di Auckland.

Ardern berkata bahawa kerajaannya kini sedang mencuba untuk memperlahankan penyebaran omicron. Namun beliau meramalkan New Zealand akan diserang 1,000 kes sehari dalam beberapa minggu akan datang..

“Saya tahu nombor kes ini akan kedengaran sangat membimbangkan oleh orang ramai,” kata Ardern. “Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memperlahankan penyebaran dan mengurangkan jumlah kes yang kami alami sebagai sebuah negara.”

New Zealand akan beralih kepada “peraturan merah” di bawah rangka kerja perlindungan COVID-19 yang mewajibkan rakyat negara itu memakai pelitup muka. Aktiviti sosial seperti bar, restoran dan acara seperti perkahwinan juga akan dihadkan kepada 100 orang.

Keadaan kembali seperti ‘pre-covid’, pemuda ini kongsi keadaan semasa di New Zealand. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Keadaan Kembali Seperti ‘Pre-COVID’, Pemuda Ini Kongsi Keadaan Semasa Di New Zealand

New Zealand Mahu Jadi Negara Bebas Asap Rokok Menjelang Tahun 2025

‘Malaysia King’ Buat Hal Di Amerika Syarikat, Bakal Hadapi Hukuman Penjara Lebih 10 Tahun