Baru sahaja berlangsung sebentar tadi mengenai perutusan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perutusan khas COVID-19 yang mempunyai jumlah kes yang semakin meningkat pada hari ini.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada orang ramai untuk mengelakkan diri daripada bersesak di tempat yang ramai.

Perkara ini jelas dimaklumkan mengenai aktiviti orang ramai yang memilih untuk pulang ke kampung yang sekaligus bakal meningkatkan lagi penyebaran wabak COVID-19.

Selain itu, para pelajar juga diminta untuk menjaga diri dan tidak menghadirkan diri ke sekolah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan luangkan masa bersama keluarga serta mengelakkan daripada aktiviti luar yang tidak mustahak.

Langkah stay at home dan stay put where you are ini kerap kali diulang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai cara untuk mengurangkan wabak COVID-19 sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung.

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, beliau turut menasihatkan untuk menangguhkan majlis perkahwinan demi keselamatan orang ramai dan diharap orang ramai turut faham mengenai kemaslahatan yang berlaku.

Sekiranya kes ini semakin menular, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan daripada dua minggu kepada sebuah tarikh yang baharu.

Mengakhiri bicara, Tan Sri Muhyiddin merayu sokongan dan kerjasama daripada semua penduduk Malaysia untuk sama-sama mencegah wabak COVID-19 ini.

Jika para doktor dan pekerja kesihatan bertungkus-lumus di hospital dan klinik kesihatan, kita cuma perlu lakukan perkara yang paling mudah; stay at home. Semoga kita sama-sama menangani COVID-19. Anda boleh tonton ucapan penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan klik pautan di bawah.

Ketahui lebih lanjut megenai COVID-19 dengan baca artikel pada pautan di bawah.

Adakah Ini ‘Wajah’ Sebenar Wabak COVID-19 Yang Dibesarkan Sebanyak 2,600 Kali?

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Anti-Vaksin Tuduh Doktor Menipu, Tidak Percaya Vaksin Mampu Ubati COVID-19