Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini mengumumkan kerajaan telah berseutuju untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank kepada golongan bersasar di negara ini.

Keputusan untuk melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar  itu menurut beliau dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama dengan menteri kewangan dan juga Gabenor Bank Negara Malaysia sebelum ini.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

“Jadinya pada hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

“Selepas tiga bulan tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung pada situasi individu masing-masing,” katanya sebentar tadi.

Golongan bersasar yang menerima manfaat

Antara golongan bersasar yang bakal menerima manfaat lanjutan itu menurut perdana menteri terbahagi kepada dua golongan dengan kumpulan pertama adalah mereka yang kehilangan kerja pada tahun ini dan belum mendapat pekerjaan.

Golongan pertama  ini menurut beliau akan menerima lanjutan moratorium selama tiga bulan.

Manakala golongan kedua ialah mereka yang masih bekerja dan gaji yang diterima terkesan atau berkurangan pula akan menerima manfaaat melalui pengurangan bayaran ansuran bulanan yang akan diselaraskan dengan kadar pengurangan gaji.

“Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

“Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Moratorium pinjaman bank di seluruh negara sebelum ini berlangsung bermula April sehingga September bagi meringankan beban dalam kalangan individu dan juga perusahaan ketika berhadapan pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

Langkah yang diperkenalkan kerajaan itu menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul secara keseluruhannya telah memanfaatkan 93 peratus peminjam individu yang melibatkan seramai 7.7 juta rakyat Malaysia.

Baca perkongsian lain kami mengenai moratorium pinjaman bank sebelum ini di pautan di bawah. 

BNM Umum Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Secara Automatik Selama Enam Bulan

Kejutan Moratorium, Berapa Lebihan Faedah Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Ambil?

Tiada Caj Tambahan Buat Peminjam Sewa Beli Konvensional Dan Shariah Sepanjang Moratorium

Anda Mungkin Suka