Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung lagi sehingga 2 Mei.

Ini adalah merupakan kali ketiga ia dilanjutkan sejak pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac sebelum ini.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Bagaimanapun, pihak kerajaan menurutnya akan memberikan sedikit kelonggaran dalam PKP kali ini dimana pelajar yang masih berada di kampus sejak ia dilaksanakan akan dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pergerakan untuk membawa pulang pelajar itu menurutnya bagaiamanapun akan dilakukan sesuai dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan jumlah mereka yang menghampiri 100,000 orang.

Manakala individu yang masih berada di kampung dan berhasrat untuk pulang ke tempat kerja atau tempat kediaman masing-masing di bandar juga akan dibenarkan berbuat demikian selepas mendapat kebenaran untuk satu perjalanan dari pihak berkuasa.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

“Pelaksanaan kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” katanya

Baca perkembangan semasa mengenai COVID-19 di laman kami sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Umat Islam Wajib Sambut Aidilfitri, Dinasihatkan Tangguh Untuk ‘Beraya’

Tarawih ‘Online’ Tidak Dibenarkan, Ada Kemungkinan Internet Terputus Ketika Solat

Dari Angkasa Ke Jalanan, Dr Sheikh Muszaphar Kini Jadi ‘Delivery Boy’ Di Musim PKP

Anda Mungkin Suka