Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di seluruh negara.

Perintah itu menurut beliau  akan berlangsung dengan tiga peringkat di mana enam buah negeri- Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala enam lagi negeri- Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk dua buah negeri lagi, Sarawak dan Perlis pula akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Justeru berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, MKN, beberapa kementerian dan agensi serta nasihat pakar, kerajaan bersetuju satu tindakan tegas perlu diambil untuk mengehentikan jangkitan virus COVID-19.

“Dan untuk itu kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 Rabu 13 Januari hingga 26 Januari,” kata beliau.

Untuk rekod, jumlah kes harian COVID-19 dalam negara mencatatkan angka 2,433 pada semalam (10 Janurai) dengan 27,332 individu masih menerima rawatan.

Manakala jumlah kes keseluruhan pula sudah mencecah sehingga 135,992 kes dengan 551 kematian.

Ini beberapa artikel berkaitan COVID-19 yang mendapat perhatian netizen sebelum ini Baca lagi pada pautan di bawah.

Padat Dengan Pesakit COVID-19, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Pusat Kuarantin MAEPS Serdang

Pilihan Raya Hanya Akan Memburukkan Situasi COVID-19 Di Malaysia, Kata Doktor Pakar

Rakaman Audio Tom Cruise Berang Dengan Kru Produksi Langgar SOP COVID-19 Tersebar

Anda Mungkin Suka