Sebentar tadi baru sahaja berlangsungnya Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 oleh Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perutusan ini dijalankan melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat sekaligus mencatatkan angka tertinggi dalam satu hari dengan jumlah kes sebanyak 691 kes.

Berdasarkan perutusan yang dijalankan, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan kerisauan beliau mengenai peningkatan kes COVID-19. Beliau juga mengakui peningkatan kes yang berlaku sebahagian besarnya disebabkan pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung baru-baru ini. Kurangnya pematuhan kepada SOP penjarakan fizikal antara yang membuatkan wabak COVID-19 merebak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang ramai juga ditegaskan untuk tidak mudah panik serta menyebarkan berita palsu kepada orang ramai. Selain itu, beliau turut menegaskan tiada isu pilih kasih dalam isu kuarantin serta menunding jari kepada mana-mana pihak. Dalam pada itu, ventilator, PPE serta ubat-ubatan masih mencukupi bagi merawat pesakit COVID-19 dalam negara.

Setakat hari ini, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan tiada rancangan untuk menjalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown secara menyeluruh kerana mampu menjejaskan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, PKP secara bersasar bakal dijalankan pada kawasan yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi.

Selain itu, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut memaklumkan sekatan perjalanan keluar dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bakal dikuatkuasakan bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Sebelum ini, Menteri Agama iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah disahkan positif COVID-19.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Disahkan Positif COVID-19

‘Bagaikan Tidak Takut Maut’, Menteri Kesihatan Ingatkan Rakyat Agar Patuh SOP