Kemenangan Sofyank di Los Angeles, Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya menangkap perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut kagum dengan kejayaan anak muda ini.

Sofyank yang berjaya memenangi Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month yang dianjurkan oleh Zach King baru-baru ini telah menerima sekalung tahniah daripada Perdana Menteri Ke-10.

Baca Juga:

Dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, Anwar Ibrahim berkata bahawa kejayaan Sofyank dipersada antarabangsa ini patut dibanggakan.

“Tahniah saudara @sofyank96! Pastinya daya kreatif mesti dicambah dan digalak terus. Pencapaian saudara Sofyan ternyata satu kejayaan yang membanggakan negara di persada antarabangsa!” Katanya.

Semalam Sofyank berkongsi di akaun Twitter miliknya kejayaan beliau menewaskan dua lagi peserta lain dalam rancangan terbaharu anjuran artis VFX terkenal, Zach King.

Kejayaan Sofyank ini bukan sahaja disambut baik oleh PMX, malah beberapa selebriti dan menteri yang lain turut mengucapkan tahniah kepada beliau.