Nama Malaysia sekali lagi terpampang di media dunia apabila Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku kumpulan pemegang aset bersetuju untuk melabur sebanyak £1.6 bilion (~RM8.73 bilion) kepada projek Battersea Power Station di England.

Melalui rundingan yang dibuat, bangunan pencakar langit ‘Walkie Talkie’ antara yang tertakluk dalam perjanjian. Pembelian bangunan Walkie Talkie dengan harga £1.28 bilion (~RM7 bilion) daripada firma Hong Kong telah menjadikan Malaysia sebagai pembeli bangunan termahal dalam sejarah hartanah England.

Bangunan Pencakar Langit ‘Walkie Talkie’

Difahamkan pelaburan yang dibuat PNB melalui dana persaraan ini dibuat bagi meningkatkan ekonomi dimana orang ramai berpeluang memperoleh keuntungan melalui dividen yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, Battersea Power Station masih lagi dalam proses pembangunan. Projek yang dibangunkan pada tanah seluas 42 ekar ini bakal menyertakan 4,364 buah rumah serta pejabat yang dilengkapi dengan ciri futuristik. Orang ramai berpeluang untuk melawat Battersea Power Station apabila siap sepenuhnya pada 2028.

located-in-southwest-london-thebattersea-power-station-borders-the-thames-river-768×577

the-first-phase-consists-of-apartments-and-a-five-star-hotel-in-two-separate-buildings-that-are-set-to-open-by-2018-the-power-station-restoration-is-the-second-phase-768×614

Melihat kepada projek pembagunan yang dibuat, jelas pelaburan Battersea Power Station tampak berbaloi untuk jangka masa yang panjang. Harapnya pelaburan yang dibuat ini mampu memberi pulangan positif buat PNB, S P Setia dan Sime Darby Property begitu juga ekonomi negara.

Baca lagi: S P Setia Dan Sime Darby Antara Yang Terlibat Membangunkan Pejabat Baru Apple London

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group