Sejak mula diperkenalkan, Pocophone F1 berjaya mencuri perhatian ramai beserta hype yang hebat berikutan harganya yang diluar jangkaan ramai. Berikutan ramai yang menantikannya, nampaknya model ini bakal mula ditawarkan di Malaysia seawal 30 Ogos ini.

Dari segi spesifikasi Pocophone berjaya menawarkan spesikasi setanding telefon pintar flagship. Model ini dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 beserta RAM 6 GB dengan sokongan Adreno 630. Teknologi pengimbas wajah turut disertakan pada model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

145413-phones-review-hands-on-pocophone-f1-review-image1-2lnfhjgvxw (1)

Pocophone F1 turut menekankan soal kamera dimana model ini dilengkapi dengan dwi-kamera 12-megapixel dan 5-megapixel dibahagian belakang. Kamera hadapan Pocophone F1 hadir dengan lensa 20-megapixel. Model ini turut disokong oleh teknologi Quick Charge 3.0 bagi membolehkan anda mengecas bateri 4,000 mAh dengan lebih pantas.

Pocophone F1 nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai melalui harganya yang sangat rendah berbanding spesifikasi yang ditawarkan. Pocophone F1 dengan dengan RAM 6 GB dan storan 64 GB bakal mula ditawarkan pada harga sekitar RM1,299. Model dengan RAM 6 GB beserta storan 128 GB pula bakal ditawarkan pada harga RM1,499.

Pocophone-F1-top-down-by-lamp
Sumber: ksassets

Berdasarkan harga yang diumumkan, mampukah Pocophone F1 menjadi the next flagship killer?