Paul Pogba adalah pemain muda Perancis yang sangat berbakat. Pada usia hanya 22 tahun, pemain tengah Juventus ini sudah berada dalam FIFA World XI untuk tahun 2015. Pemain itu kini akan menandatangani perjanjian dengan Adidas untuk tajaan 10 tahun dengan syarikat itu dikatakan bernilai USD44 juta (lebih kurang RM185 juta). Ianya satu tamparan hebat buat Nike kerana gagal menaja pemain muda ini.

Pogba yang kini merupakan pemain prospek No.1 di Eropah telah membantu Juventus memenangi Serie A sebanyak 3 kali berturut-turut. Melihat pencapaian Pogba sekarang, Manchester United pastinya terluka kerana melepaskan pemain ini secara free transfer pada tahun 2012.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemain itu sebelum ini bebas memakai kasut dari Nike dan Adidas kerana beliau tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis dengan dua gergasi jenama sukan itu. Agak pelik kenapa pemain hebat ini tidak diikat oleh mana-mana jenama sebelum perjanjian dengan Adidas ini.

Pogba dengan boot Adidas Ace 16
Pogba dengan boot Adidas Ace 16

Pogba memakai nike magista tricolor 'france'
Pogba memakai nike magista tricolor ‘france’

Dengan perkembangan ini, Adidas telah menang dalam pertandingan untuk mendapatkan tandatangan Pogba. Pogba kini selesa memakai kasut Adidas Laceless Ace 16 Purecontrol dan dikatakan beliau bakal mempunyai model kasut khas pada masa akan datang. Tahniah buat Pogba.

pogba dap

Sumber