Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Wanita dan barangan kemas memang tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, sudah menjadi fitrah wanita suka benda cantik sekaligus mahu diri kelihatan bergaya.

Malah, dalam Islam juga tidak melarang dan ada beberapa hadis yang menggalakkan wanita memakai barang kemas. Tahukah anda kebaikan barang kemas kepada wanita?

Antara kebaikannya adalah memberikan tenaga positif dan menghilangkan stress serta keresahan. Malah, dikatakan emas boleh membantu untuk meningkatkan imun badan sekaligus membuatkan aura pemakainya berbeza.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Poh Kong hadir dengan pelbagai tawaran hebat untuk anda rebut. Kempen #SyokRayabersamaPohKong yang berlansung pada 24 Mac 2022 sehingga 31 Mei 2022 akan memberikan kegembiraan kepada anda yang suka barangan kemas.

Jom beraya bersama Poh Kong dan dapatkan beg jut secara percuma

Istimewa sempena kempen ini, para pelanggan yang ke kedai emas fizikal Poh Kong berpeluang mendapat beg jut secara percuma dengan pembelian minimum sebanyak RM1,500 untuk ahli dan RM2,000 untuk bukan ahli.

Mahukan rekaan yang simple tapi ‘meletop’? Kami ingin cadangkan untuk terjah ke kedai emas Poh Kong kerana Poh Kong hadir dengan koleksi barang kemas Anggun dan banyak lagi koleksi lain.

Bukan itu sahaja, setiap koleksi hadir dengan rekaan yang cukup simple tapi memiliki ‘wow factor’ dan juga mengetengahkan keunikan Malaysia dari makanan, bunga-bungaan serta ‘slang’. Jom kita lihat rekaan menarik yang ada di Poh Kong:

1. Koleksi ‘Charm’ Karya Anggun

Bagi koleksi ‘Charm’ Karya Anggun bangle ini, ia tampil dengan rekaan buah-buahan yang menyelerakan dan makanan yang popular di Malaysia. Terdapat 9 ‘Charm’ diketengahkan bagi koleksi ini iaitu berbentuk durian, manggis, ketupat, cucur udang dan juga perkataan ‘syok’ pada grafik kelapa. Semestinya, keunikan ‘charm’ ini yang boleh dipakai pada gelang mahupun rantai akan menyerlahkan lagi kecantikan pemakainya sekaligus kelihatan lebih muda.

2. Anggun Bangle

Jika anda mengikuti ‘trend’ terkini, ramai yang memilih untuk memakai bangle kerana ia nampak simple dan sesuai dipakai untuk semua majlis. Kilauan keanggunan gelang bertatah permata berwarna ini pasti akan menambah sentuhan keindahan dan keceriaan setiap hari anda.

3. Koleksi Melur

Bagi koleksi Melur, ia diinspirasikan daripada keindahan dan kesucian bunga melur serta melambangkan segala kemuliaan. Koleksi ini hadir dengan pilihan loket, cincin dan anting-anting yang pasti dapat menonjolkan kemewahan kepada pemakainya dan membuatkan pemakainya bersinar seperti bunga melur.

4. Koleksi Manja

Ia direka khas untuk mereka yang muda. Koleksi ini hadir dengan pilihan loket, cincin dan anting yang akan serlahkan kegembiraan serta keremajaan. Memang sesuai digayakan untuk anda berjiwa remaja.

5. Gelang Alamanda

Gelang ini hadir dengan motif bunga Alamanda dan semestinya akan memancarkan daya tarikan yang ringkas namun menawan lalu menyerlahkan gaya anda. Bagi anda yang sukakan rekaan yang ringkas, ini adalah gelang yang patut anda miliki.

6. Loket Bunga Raya

Ketengahkan bunga raya sebagai rekaannya, loket ini memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan bunga yang berkembang mekar. Pasti menyerlahkan penampilan si pemakai dan layak disimpan untuk kenangan sepanjang zaman.

7. Rantai Tranz Classic

Bagi anda yang mahu kelihatan klasik, rantai Tranz Classic ini harus anda dapatkan. Mengetengahkan gaya retro moden, pasti ramai akan menyukaikan rekaannya yang simple tapi cantik.

Kumpul mata ganjaran menggunakan Jeweland dan ini kelebihannya

Terdapat pelbagai kelebihan yang anda boleh dapat jika anda mendaftar sebagai ahli Poh Kong. Proses sangat mudah, anda hanya perlu muat turut aplikasi Jeweland di telefon pintar anda dan boleh menebus baucer Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan mata ganjaran terkumpul.

Tidak hanya itu, anda turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000. Anda berpeluang memenangi hadiah ini dengan menggunakan serendah 10 mata ganjaran untuk 1 penyertaan.

Tawaran barangan kemas berharga RM1

Lebih menarik, setiap minggu seorang pelanggan bertuah berpeluang untuk membeli satu barang kemas koleksi Anggun ini dengan harga RM1 sahaja.  Menarik, bukan?

Bagi pelanggan baru, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 dan juga penghantaran percuma jika anda membeli di e-shop Poh Kong. Malah, sesuai dengan peredaran zaman, anda juga boleh dapatkan barangan kemas Poh Kong secara dalam talian di Shopee, Lazada, Superbuy dan vettons.

Pertandingan permainan mini Facebook

Poh Kong akan menganjurkan pertandingan permainan mini di Facebook dan banyak hadiah menarik menanti anda. Untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan permainan tersebut, nantikan pengumuman di Facebook page Poh Kong.

Ikuti media sosial Poh Kong iaitu Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan produk mereka. Klik link ini untuk mengetahui lokasi cawangan kedai fizikal Poh Kong dan untuk pembelian secara dalam talian, beli sahaja di sini.

Sementara itu, bagi anda yang mahu memulakan pelaburan emas, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

5 Persoalan Orang Ramai Sebelum Memulakan Pelaburan Emas

Perempuan Ini Kongsi Kiraan Harga Emas Selepas Hampir Disembelih Kedai Emas Di Kedah

Bagaimana Lelaki Ini Selesaikan Hutang ‘Tersontot’ Emas RM1.8 Juta Dalam Masa 12 Bulan