Sekiranya anda seorang peminat tegar Pokémon, mungkin Tokyo boleh dijadikan #wishlist untuk anda travel seawal tahun hadapan. Hal ini kerana Pokémon bakal membuka kedai fizikal yang dinamakan Pokémon Center dan juga Pokémon Cafe.

Bertempat di Tokyo, Jepun Pokemon Center and Cafe ini bakal menawarkan pelbagai barangan yang berkaitan dengan pokemon. Nak tahu apa yang lebih menarik, pembukaan Pokemon Cafe ini bakal menawarkan pelbagai hidangan buat para pengunjung bertemakan Pokemon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pokemon-cafe-center-dx-tokyo-1

Pokemon Center and Cafe ini bakal mula dibuka umum bermula 14 Mac 2018. Kami membayangkan alangkah lebih cool jika cafe ini bakal menawarkan sesuatu yang istimewa buat para pemain game Pokemon Go.