Ini berita baik buat peminat Pokemon, kini anda tidak perlu ke Jepun hanya untuk ke Pokemon Center kerana Pokemon Center akan dibuka di Singapura tidak lama lagi. Pokemon Center ini dijangka akan dibuka pada 17 April 2019.

Untuk pengetahuan anda, Pokemon Center Singapura ini merupakan satu-satunya Pokemon Center yang dibuka luar dari Jepun. Terdapat 11 Pokemon Center di Jepun dan cawangan ke-12 akan dibuka di Kyoto akhir bulan Mac ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jewel-Changi

pokecen-singapore-pikachu-plush-jan242019-1038×576

Lokasi Pokemon Center tersebut dikatakan terletak di Jewel Changi Airport dan ini menjadikan lokasinya strategik untuk orang kunjungi. Bukan sahaja terdapat pelbagai kemudahan di sana, malah pengunjung juga akan mudah kunjungi Pokemon Center tersebut.

Pastinya anda yang meminati Pokemon tidak akan melepaskan peluang untuk serbu Pokemon Center di Singapura ini pada hari pembukaannya kerana ia berada berdekatan.