Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada pemerhatian saya, semakin berkurangan jumlah orang yang bermain permainan Pokemon Go ini. Tidak seperti awal-awal dahulu. Bagi pemain Pokemon Go tegar seperti saya, update terbaru dari Niantic ini pastinya akan mengembirakan anda.

Niantic akan memperkenalkan sistem terbaru, Buddy System di mana anda boleh berjalan bersama salah satu Pokemon kegemaran anda. Buddy anda ini nanti anda dihadiahkan candy bila cukup sesuatu jarak; sama seperti proses egg hatching.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

pokemon-go-buddy-system1

Dikatakan cuma satu Pokemon yang anda boleh bawa berjalan dan akan ada limit untuk berapa candy yang boleh dikutip setiap hari. Bagus juga sistem ini terutamanya untuk level up Pokemon rare seperti Snorlax atau Dragonite.

Dan rejoice Pokemon hunters sebab Gen 2 mungkin akan tiba dalam masa terdekat. Update terbaru Pokemon Go ini akan dibuat pada 5 September ini dan tambahan watak ini mungkin akan dibuat ketika update ini. Dikatakan sebanyak 100 pokemon baru akan ditambah untuk Gen 2 ini. 86 moves set baru juga akan diperkenalkan.

pkemon gen 2

poke gen 2

Banyak lagi tambahan lain seperti 3 jenis Incense baru akan diperkenalkan untuk update ini. Semestinya tambahan ini akan mengembalikan minat peminat Pokemon Go untuk terus bermain permainan ini. Keep calm and catch em all!

Anda Mungkin Suka