Penantian para peminat Pokemon bakal berakhir apabila Pokemon GO! akan berada bulan hadapan menurut kenyataan yang dikeluarkan Nintendo di E3. Pokemon GO akan berada di pelantar iOS dan juga Android bulan Julai tahun ini tetapi tiada tarikh khusus dikeluarkan oleh Nintendo.

Bagaimana game ini berfungsi? Anda perlu berjalan dengan smartphone anda dan ianya akan vibrate untuk memberi tahu ada Pokemon di kawasan berdekatan. Anda perlu tekan pada skrin jika anda mahu tangkap Pokemon berkenaan. Ada Pokemon yang hanya boleh didapati di kawasan khas. Jika anda mahu tangkap Pokemon dari jenis air, anda mungkin perlu ke kawasan berair, tasik contohnya. Cool!

Pokemon Go Plus, wristband khas untuk game ini akan dijual pada harga USD34.99 (lebih kurang RM143 ringgit) sejurus selepas pelancaran game ini nanti. Wristband ini nanti akan membantu anda mengesan dan menangkap Pokemon di kawasan sekitar tanpa perlu anda check telefon anda setiap masa.

pokemon go plus

Saya memang menunggu game ini untuk keluar di pasaran. Tak perlu dah nak usung Game Boy ke sana-sini. Lihat video di bawah ini untuk tahu bagaimana permainan Pokemon GO! ini nanti. Gotta catch ’em all! Digimon tak rasa tercabar ke dengan teknologi Nintendo ini?

Sumber