Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah berbulan-bulan spekulasi dan penantian peminat Pokemon Go, Niantic akhirnya mengeluarkan Pokemon generasi kedua semalam. Wuhu! Saya sendiri pun sudah sebulan meninggalkan permainan ini tetapi nampaknya akan kembali untuk tangkap Pokemon baru ini.

Generasi kedua ini akan datang dengan 80 Pokemon baharu dari franchise permainan Pokemon Gold, Silver dan Crystal yang dikenali Pokemon dari wilayah Johto. Tetapi untuk generasi kedua ini, lebih banyak baby Pokemon yang comel-comel berbanding Pokemon yang kuat di generasi yang pertama.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Bagi anda yang mengumpul banyak candy untuk Pokemon anda, inilah masanya untuk anda gunanya candy ini untuk evolve Pokemon anda ke Pokemon yang baru. Contohnya Eevee, kini evolusi Eevee bertambah kepada Umbreon dan Espeon.

Sistem berries serba baharu juga turut diperkenalkan. Jadi lebih mudah untuk anda campak berries untuk tangkap Pokemon yang lebih rare. Watak anda juga mempunyai update dari segi pakaian dan sebagainya.

Banyak lagi update terbaru untuk Pokemon Go telah diperkenalkan oleh Niantic. Dan fungsi tukar dan lawan pula akan hadir dalam masa terdekat menurut Niantic, fungsi yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Pokemon Go. Saya pun belum sempat untuk explore dengan lebih lanjut lagi. Kalau anda Pokemon master sejati, marilah bersama-sama kembali untuk menangkap Pokemon terbaru ini. Gotta catch em all!

Anda Mungkin Suka