Pokemon GO, sebuah aplikasi permainan yang pernah viral ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2016. Kini kembali menjadi tumpuan setelah mengumumkan bantuan kepada perniagaan kecil.

Permainan keluaran produksi Niantic ini telah membantu banyak perniagaan kecil berkembang, terutamanya perniagaan berteraskan makanan yang menjadi tempat PokeStop.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Niantic, melalui Pokemon GO, mempunyai program penajaan yang dapat dibeli oleh ahli perniagaan. Dengan mengikuti program tajaan ini, lokasi perniagaan mereka akan ditanda sebagai PokeStop dalam permainan bagi menarik pengunjung untuk hadir.

Sekarang, hak istimewa itu akan diberikan kepada 1,000 perniagaan yang memerlukan bantuan, terutama mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 – semua disediakan secara percuma.

Awal musim panas ini Niantic mengumumkan Inisiatif Pemulihan Perniagaan Tempatan. Dalam inisiatif ini Niantic meminta pemain mencalonkan perniagaan kecil tempatan yang mereka anggap penting.

Setakat hari ini, Geek Culture melaporkan bahawa pemain telah mencalonkan sekitar 38,000 unit perniagaan kepada Niantic. Dari jumlah tersebut, 1,000 daripadanya telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada program bantuan.

1,000 unit perniagaan yang dipilih akan menerima kemudahan yang sama dengan lokasi yang ditaja, tanpa perlu mengeluarkan apa-apa wang.

Pada dasarnya, lokasi perniagaan yang dipilih akan direkodkan dalam permainan Pokemon GO sebagai PokeStop atau Gym. Dengan cara ini, pengunjung akan meningkat, perniagaan akan bertambah baik, terutama di kalangan pemain Pokemon GO yang setia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Kegilaan’ Bermain Pokemon Go Buatkan Lelaki Ini Dipilih Sebagai Duta ASUS

Lelaki Ini Disaman RM5,000 Kerana Bermain Pokémon GO Sejauh 14KM

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 63kg Dengan Hanya Bermain Pokemon Go