Sejak dua menjak ini, nampaknya semakin ramai yang aktif ke taman tasik untuk bersenam. Semuanya disebabkan Pokemon Go. Bagus permainan ini kerana at least buat anda berjalan dan bersenam sambil-sambil anda tangkap Magikarp atau Psyduck di tepi tasik itu.

Tidak semua negara di dunia ini berpeluang untuk bermain permainan Pokemon Go ini. Minta maaf peminat Pokemon di China, anda tidak mungkin menjadi pokemon master disebabkan undang-undang yang ketat di negara itu. Pokemon Go tidak mungkin akan diperkenalkan di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan Niantic tidak mahu membawa Pokemon Go ke sana, sebagai sebuah negara yang kreatif, ada developer program di sana yang telah membuat Pokemon Go versi mereka sendiri. Dan ianya sungguh menyedihkan.

pokmon

Pihak developer permainan ini telah berkongsi beberapa gambar ‘Pokemon’ untuk paparan umum. Ada Snorlax, Pikachu, Meowth dan Charmander versi sedih. Cara permainan juga tidak berubah. Anda kena tangkap pokemon ini menggunakan Pokeball. Dan jika anda lihat gambar-gambar pokemon versi China ini, setiap wataknya nampak seperti Pokemon yang sedang sakit dan kurang vitamin sahaja.

china 2

china 3

china 4

china 1

Bagi peminat di sana, hanya satu cara untuk bermain Pokemon Go di China adalah dengan download Pokemon Go dan bermainnya menggunakan GPS spoofing. Tetapi ianya berisiko kerana Niantic kini memandang serius pemain yang menipu dan akaun anda boleh dibatalkan oleh pihak Niantic jika anda ditangkap.

Kesimpulannya, jadilah pemain Pokemon Go yang berhemah. Kalau anda dah bosan dengan Pokemon Go, boleh cuba download Pokemon Go versi China ini. Cari Ball Practice for Pokemon GO di Google Play Store. Harap-harap anda enjoy!

Sumber