Masih ingatkah zaman sebelum telefon pintar di mana ramai yang menjaga ‘haiwan peliharaan’ mereka menerusi Tamagotchi? Tamagotchi membuat kemunculan semula dan kali ini bekerjasama pula dengan watak-watak comel daripada franchise Pokemon.

Anda boleh memilih Eevee, Pikachu, Charmander dan beberapa Pokemon lain untuk dijadikan haiwan peliharaan anda. Dikhabarkan Eevee adalah Pokemnon pertama yang akan dijual oleh pihak Bandai dan tidak pasti sama ada ianya akan dijual luar pasaran Jepun.

Pokemon x Tamagotchi akan dijual dengan harga ¥2,300 (~RM85). Berbeza dengan Tamagotchi yang terdahulu, Eevee anda boleh berevolosi bergantung bagaimana anda menjaganya.

Ini pastinya kolaborasi yang buat generasi Tamagotchi teruja. Tetapi lebih menarik jika Tamagotchi menyediakan platform untuk Eevee ini berlawan dengan pemilik Tamagotchi yang lain. Seperti peranti Digimon satu ketika dahulu. Jika anda rakan di Jepun, siap sedia untuk buat tempahan Pokemon x Tamagotchi yang akan dilancarkan di Jepun Januari depan.