Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang mula menunjukkan kreativiti dengan mengubahsuai rumah mereka. Pasti anda dapat lihat pelbagai jenis rekaan yang viral di media sosial.

Malah, lidah jin juga menjadi viral di media sosial lalu menjadi kegilaan ramai terutama sekali dalam kalangan wanita. Dikhabarkan pokok itu jika diletakkan dalam rumah dapat memerangkap habuk dan mengurangkan kehadiran habuk dalam rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berhubung perkara tersebut, Pusat Racun Negara telah mengeluarkan kenyataan di Facebook miliknya dan mendakwa ia merbahaya terutama sekali anda yang memiliki anak kecil di rumah.

Menurut perkongsian tersebut, Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢 mempunyai bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakannya.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Menerusi laporan Bernama, Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia melahirkan kebimbangan dengan penyimpanan pokok di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma.

Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

Oleh itu, tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.

Bagi anda yang menjadikan pokok lidah jin sebagai pokok hiasan dalam rumah, anda mungkin perlu letakkan ia di luar rumah sekarang agar tidak membahayakan kesihatan anda.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sementara itu, kami kongsikan tanaman sayur yang anda boleh lakukan untuk jimat belanja dapur pada pautan di bawah.

9 Tanaman Ini Boleh Ditanam Semula Di Rumah Dan Menjimatkan Belanja Dapur

Pinggan Mangkuk Bercorak Kembali Jadi ‘Trend’, Ini Risiko Penggunaannya Yang Anda Perlu Tahu

5 Perkara Ini Akan Berlaku Apabila Anda Beri Anak Berkebun