Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata polis tidak akan menahan dan mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki banyak saman dan ada waran tangkap di sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat ke-18 (Op Selamat 18) ini.

Menurut beliau, tindakan itu tidak diambil dalam tempoh ini kerana tugas pihaknya sempena Op Selamat bagi melancarkan perjalanan pengguna balik ke kampung halaman masing-masing.

“Kita mahu semua pengguna dapat pulang ke kampung dengan selamat untuk meraikan hari raya memandangkan sudah dua tahun tidak boleh balik susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Selain itu, pihak JSPT menggunakan alat bantuan teknologi Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) dan alat pengesan had laju In-Car Radar untuk mengesan kenderaan laju, tidak mengikut peraturan jalan raya termasuk individu yang ada rekod dalam pangkalan data kita dan mempunyai waran tangkap.

“Namun, pihak kita tidak akan menahan mereka yang mempunyai saman yang banyak dan waran tangkap. Bukan fokus kita nak tangkap mereka dan alat itu (iCOPS dan In-Car Radar) lebih bantu kami untuk menjalankan tugas,” katanya.

Sumber Gambar: Polis Kontinjen Kelantan

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Bagi membantu melancarkan lagi perjalanan pengguna, Datuk Mat Kasim menyatakan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan digerakkan.

Tambah beliau lagi, sebanyak lima unit iCOPS digunakan di seluruh negara termasuk di utara, selatan dan pantai timur. Pihak polis hanya akan mengambil tindakan kepada individu terbabit dengan kes jenayah sahaja.

Baca lagi artikel-artikel mengenai persiapan pulang berhari raya kali ini yang anda perlu tahu melalui pautan di bawah.

Tol Percuma Sempena Raya, Pengguna Tetap Perlu Sentuh Kad TNG Atau Lalu Lorong RFID

Sempena Raya Ini, Raih Tambah Nilai RM20 Dan 10,000 Mata Ganjaran PLUSMiles Buat Pengguna RFID

Orang Ramai Tidak Lagi Diwajibkan Memakai Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka Bermula 1 Mei

Sumber