Isu modifikasi ekzos bising antara salah satu ‘penyakit’ yang tiada penawarnya sejak dahulu lagi. Walaupun penguatkuasa pernah memberikan kompaun kepada pemilik motosikal, namun ia tidak menghalang pemilik motosikal untuk tetap mengubah suai ekzos mereka.

Baru-baru ini tular satu video pendek berdurasi 4 saat menunjukkan seorang anggota PDRM telah meletakkan pemilik motosikal berhampiran ekzos motosikal sendiri dan memulas throttle sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat membingitkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video pendek tersebut mendapat sokongan orang ramai yang menunjukkan tanda berpuas hati kerana memang sudah lama ‘geram’ dengan segelintir pemilik motosikal sering kali membuat bising dengan ekzos mereka ketika berada di kawasan kejiranan.

Tambah mereka lagi, ‘hukuman’ ini bukan sahaja dijadikan pengajaran buat pemilik motosikal, ia juga patut dibuat kepada pemilik kedai-kedai yang menjual ekzos bising ini.

vocket-polis-beri-pengajaran-ekzos-bising-2
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV – sstv.my
vocket-polis-beri-pengajaran-ekzos-bising-1
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV – sstv.my

https://twitter.com/Leyna_BR/status/1417325413563387904?s=20

Dari ribuan komen dan ciapan yang dikongsikan, orang ramai menyatakan mereka ‘tertekan’ dengan segelintir pemilik motosikal yang tidak tahu menghormati ketenteraman kawasan kejiranan dengan membuat bising.

Lebih-lebih lagi kawasan kejiranan tersebut didiami oleh warga emas dan bayi kecil yang mudah terkejut apabila mendengar bunyi ekzos bising dari motosikal tersebut.

Ada seorang jiran telah menembak pemilik Myvi yang sering kali ‘test power’ ekzos keretanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Isu Saman Ekzos Bising, Penjual Dan Pengeluar Juga Perlu Dikenakan Tindakan

Sumber