Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak semakin banyak negeri sudah masuk ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), ramai orang mengambil peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah di tempat awam secara berkumpulan termasuklah aktivti berbasikal.

Beberapa rakaman video mula tular sejak minggu lalu di mana segelintir penunggang basikal mengambil risiko dengan mengayuh basikal di belakang treler untuk ‘cangkuk angin’ bagi mengurangkan rintangan angin semasa mengayuh di tengah-tengah jalan raya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin berkata, penunggang basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kompaun juga boleh dikeluarkan kepada mana-mana penunggang yang melanggar peraturan jalan raya.

Peringatan tersebut dikeluarkan berikutan kelonggaran aktiviti riadah dan berbasikal disalahgunakan oleh segelintir individu semasa melakukan aktiviti terbabit.

“Meskipun beriadah, kita minta semua pihak patuhi peraturan jalan raya untuk elak sebarang perkara tidak diingini berlaku, sekali gus membahayakan nyawa.

“Bagi kesalahan ini, denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 serta boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan jika didapati bersalah,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama pemberita.

Tambah beliau lagi, polis Kuantan akan memantau aktiviti berbasikal secara berkumpulan di daerah ini bagi mengelakkan mereka melakukan aksi berbahaya semasa berada di jalan raya.

Semoga ‘peringatan’ yang dikeluarkan oleh polis baru-baru ini dapat memberikan kesedaran kepada semua penunggang basikal supaya sentiasa peka dan mengutamakan keselamatan supaya tidak menjadi ‘punca kemalangan’ sehingga melibatkan pengguna jalan raya lain ekoran sikap tidak bertimbang rasa dan kelalaian diri sendiri.

Sejak tahun lepas lagi, aktiviti menunggang basikal berkumpulan menjadi perhatian netizen kerana segelintirnya menyalahgunakan hobi mereka sehingga banyak pihak terjejas.

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Anda Mungkin Suka