Dalam satu laporan dikemaskini pada 10 September yang lalu menyatakan, ketua polis Britain kini dalam proses mempertimbangkan kebenaran untuk memakai burqa atau juga disebut sebagai ‘niqab’ bagi anggota wanita muslim di sana.

Ia mungkin menjadi pasukan polis yang pertama membenarkan pemakaian burqa sebagai sebahagian dari seragam.  Perbincangan ini dibuat selepas terdapat kemungkinan peningkatan penyertaan untuk menjadi anggota polis dari golongan kulit hitam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ketua-polis
David Thompson – Ketua Konstabel Dari West Midlands Police

David Thompson, Ketua Konstabel West Midlands Police berkata, tiada halangan untuk membenarkan pemakaian tersebut. Kita perlu memikirkan semula peraturan (kod pemakaian) kita dan sensitiviti budaya.

Perkara ini mungkin akan meningkatkan penyertaan orang awam ke dalam bidang penguatkuasaan sebanyak 30 peratus. Buat masa ini tiada sebarang permintaan dari anggota polis wanita muslim, tetapi jika diminta kami akan memikirkannya, jelas David.

Buat pengetahuan anda sebelum ini Metropolitan Police telahpun memperkenalkan kebenaran memakai hijab sebagai sebahagian dari seragam untuk anggota polis muslim. Ini boleh dilihat dibeberapa tempat seperti di Scotland.

2 Orang Anggota Polis Memakai Hijab di London

Selepas ini mungkin anggota polis muslim di West Midlands pula yang pertama memperkenalkan niqab dalam pemakaian seragamnya.

Sumber