Seorang pemandu BMW M4 berwarna ‘Austin Yellow’ kini dicari oleh pihak Polis Kota Tinggi selepastular video kenderaan itu dipandu secara berbahaya dan melulu di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mengesan satu video tular berdurasi 41 saat yang memaparkan sebuah kereta BMW berwarna emas dipandu dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Geng Konvoi BMW Singapura Pandu Secara Berbahaya Undang Rasa Tidak Puas Hati Orang Ramai

“Aksi berbahaya itu berjaya dirakam oleh orang awam dan telah dimuat naik ke laman Facebook pada 3 April yang lalu. Susulan rakaman itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sedang mengenalpasti pemandu kenderaan yang terlibat.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM15,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu orang ramai mengecam seorang pemandu BMW lain dari Singapura pula dirakam membuang air kecil secara terbuka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

CCTV Rakam Pemandu BMW Singapura Sengaja Buang Air Kecil Di Tempat Terbuka

Anggota KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak Berhampiran Sempadan Utara-Selatan Malaysia

Sumber