Pusat jualan dan bilik pameran kenderaan merupakan salah satu industri yang tidak dibenarkan untuk beroperasi semasa sekatan pergerakkan penuh dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Namun, baru-baru ini tular di media sosial satu hantaran mendakwa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat sedang memandu uji kereta 4×4 Ford Raptor di salah sebuah bilik pameran di Juru Autocity semalam.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar dan video menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan 4×4 tular di media sosial.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” terang Asisten Komisioner Shafee Abd Samad

Semalam tular satu hantaran Facebook menunjukkan Menteri Besar Kedah bersama individu dipercayai pekerja pusat pameran berkenaan melakukan pandu uji sebuah pacuan empat roda Ford Raptor. Walau bagaimanapun, hantaran asal yang dimuat naik oleh pemilik Facebook telah pun dipadam.

Baru-baru ini sebuah lori telah merosakkan sebuah jambatan di laluan tikus hanya kerana mahu mengelak dari melalui sekatan jalan raya.

Gara-Gara Lori Mahu Elak Sekatan Polis, Jambatan ‘Laluan Tikus’ Runtuh

Ucapan ‘Terima Kasih’ Abang Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Orang Ramai Tersentuh