Jika kita lihat pada zaman kini, rata-rata rakyat Malaysia telah menggunakan kreativiti mereka yang tersendiri dengan mencipta karya lukisan tokoh sejarawan negara sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah berbakti kepada negara.

Walaupun begitu, berbeza dengan rakyat Malaysia yang lain, seorang pemilik restoran di Pulau Pinang telah bertindak meletakkan wajah seorang tokoh yang merupakan pemimpin komunis, Mao Tze Tong di dinding premisnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak cukup dengan itu, lelaki tempatan yang berumur 40 tahun itu difahamkan turut menghiasi dinding premis tersebut dengan era revolusi kebudayaan China.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais melalui Astro Awani, siasatan dijalankan setelah menerima maklumat daripada pihak awam berhubung gambar tersebut di dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan tersebut.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut sumber, siasatan dapati restoran yang dimiliki oleh lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

Perkara tersebut difahamkan pada mulanya telah tular di media sosial sebelum ia mendapat perhatian pihak polis.

Baca perkongsian kami terdahulu yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini pada pautan di bawah.

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen

Cubaan Netizen ‘Selamatkan’ Suami Miliki Basikal Sama Dengan KJ Ini Boleh Buat Anda Ketawa

Mahu Kurangkan Kemalangan, Polis Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Dan Ke Bawah

Sumber