Pada hari minggu lalu tular satu rakaman video seorang wanita bermain flying fox sambil memegang anaknya. Tindakan wanita itu mendapat kecaman warganet kerana membahayakan diri sendiri serta anaknya.

Terbaharu pihak polis membuka kertas siasatan susulan penularan video menunjukkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu, di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah menyatakan kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1590973597199519744?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1590973597199519744%7Ctwgr%5Ed0f6bf81eaa5986e456c5e7a6613da1f9dc4cb37%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fzipline-sambil-dukung-anak-tindakan-selfish-wanita-ini-cetus-kebimbangan-netizen%2F

“Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 Pindaan 2006.

“Masyarakat diminta bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular. Orang ramai turut diseru untuk tampil membuat aduan ke balai polis berhampiran, sekiranya mempunyai maklumat berhubung isu itu,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Terdahulu netizen berpendapat tindakan wanita di dalam video yang tular itu tidak wajar kerana ia mendedahkan bahaya kepada anaknya, lebih-lebih lagi dua anak beranak itu tidak menggunakan topi keledar keselamatan.

Sumber