Jurucakap Polis Bandaraya Kuala Lumpur ketika dihubungi mengenai satu video tular di mana seorang lelaki mencampak botol wiski ke jalan raya, mengesahkan kejadian itu berlaku di daerah Dang Wangi, lapor New Straits Times.

“Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Polis KL akan menjalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” jawab jurucakap itu menerusi WhatsApp.

@ohmymedia.cc

Selamba je dia campak botol arak keluar balkoni rumah dia. Sumber: syrupboy1

♬ original sound – ohmymedia.cc – Oh My Media

Jurucakap itu mengesahkan perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 268 (1) dan (2) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kacau ganggu awam dan mengikut Seksyen 290 yang boleh dihukum denda.

Dalam video berdurasi satu minit 43 saat yang menunjukkan perbuatan tidak bertimbang rasa lelaki itu, telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @Syrupboy1. Bagaimanapun video asal telah pun diberikan amaran dan dibuang oleh aplikasi tersebut.

Pemilik akaun itu telah memuat naik video kedua meminta pihak PDRM mengambil tindakan tegas serta-merta sebagai pengajaran kepada netizen untuk menghormati orang lain, lebih-lebih buat pengguna jalan raya.

Sumber