Pada petang semalam, tular rakaman video seorang lelaki sedang berkhayal menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sambil memegang plastik dipercayai mempunyai gam di dalamnya.

Hari ini Kosmo melaporkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini pihaknya sedang sedang giat mengesan serta mengenalpasti suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@monkey.d.rango/video/7115005686072806683?_t=8TdT8ILpAiw&_r=1

“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

“Dalam rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik di tangan kirinya, disyaki sedang melakukan perbuatan menghidu gam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Rakaman video berdurasi 40 saat itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @monkey.d.rango sebelum tular dikongsikan oleh pengguna media sosial.

Nanda Maarof meminta mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut oleh pihak polis.

Netizen kongsikan pelbagai reaksi selepas menonton video kereta pengiring VIP dihon pengguna jalan raya lain selepas didakwa menjadi punca kesesakan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

Jadi Punca Kemalangan, Netizen Kecam Wanita Selamba ‘Tinggalkan’ Penunggang Motosikal Yang Jatuh

Marah Disaman Tiada Lesen, Pemandu Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut Ditahan Polis

Sumber