Bunyinya mungkin agak pelik, namun itulah yang berlaku kepada seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan Geng 24 Apache di Klang apabila dia kini diburu polis selepas tercicir pistol.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pistol jenis Smith & Wesson yang tercicir itu ditemui selepas pihak mereka bergegas ke lokasi pergaduhan yang melibatkan suspek dan lelaki lain.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

“Sebaik sampai, suspek sedang bergelut dengan seorang lelaki lain. Namun, menyedari kehadiran polis suspek terus melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui pistol jenis Smith & Wesson buatan Amerika Syarikat di lokasi kejadian dipercayai milik suspek yang tercicir ketika bergaduh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pemeriksaan di lokasi kejadian juga menurutnya turut menemui Proton Iswara milik suspek dan serbuan lanjut ke rumahnya di kawasan berhampiran pula menemui beberapa peluru.

Menurut polis, sejumlah enam peluru hidup yang dirampas itu bertulis ‘Gun Heaven’ dan ditemui dalam beg galas milik suspek yang kini diburu mereka.

“Siasatan mendapati suspek adalah K Parameswaran, 31 yang mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes pecah rumah, samun, dadah, curi kenderaan.

“Suspek juga adalah bekas orang kena tahan di bawah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi Geng 24 Apache,” jelasnya seperti dilaporkan Harian Metro.

Pihak mereka bagaimanapun jelasnya masih menyiasat sama ada suspek berkenaan masih lagi aktif sebagai ahli geng terbabit.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.

Baca juga perkongsian perkembangan semasa dalam dan luar negara yang lain melalui pautan di bawah. 

Joe Biden Lawan Donald Trump, Premis Bina Tembok Kayu Persediaan Demonstrasi Jalanan

Peniaga Di Negeri Sembilan Dikompaun Gara-Gara Guna Pencuci Lantai Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia

Anda Mungkin Suka