Semalam, Vocket baru sahaja menulis artikel tentang modus operandi terbaru yang digunakan oleh scammer iaitu menggunakan gambar ‘anak sakit’ untuk meminta derma.

Hari ini, Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia menerusi akaun Facebook Cyber Crime Alert Police Malaysia mendedahkan taktik ‘scammer’ meminta derma dengan meraih simpati daripada netizen di media sosial dan berjaya mengenal pasti dua suspek yang terlibat dalam melakukan jenayah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak polis kini sedang memburu dua suspek yang menjadi dalang kepada kes ini untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan berhubung kegiatan meminta derma melalui media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang saspek ini digesa untuk melaporkan terus kepada pihak polis.

Terdahulu, scammer ini dipercayai berjaya meyakinkan orang ramai untuk membuat pindahan duit terus ke dalam akaun yang dipercayai milik mereka dengan menggunakan gambar kanak-kanak serta bayi yang menghidap pelbagai penyakit kronik dan sedang memerlukan bantuan kewangan bagi meraih simpati.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan scammer yang mungkin menarik minat anda untuk membaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Guna Gambar ‘Anak Sakit’ Untuk Raih Simpati Taktik Terbaru Scammer Menipu Netizen

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa