Di negara ini semakin banyak kenderaan dilengkapi dengan sunroof  tidak kira model tempatan mahupun import. Bagaimanapun ada segelintir pihak mengabaikan keselamatan lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak kecil yang sering kelihatan membawa keluar kepala mereka melalui bahagian tersebut.

Baru-baru ini polis sedang mengesan individu yang merakam video memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membenarkan tiga remaja mengeluarkan kepala melalui sunroof di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, kelmarin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semalam, pihaknya mengesan rakaman video tular yang dimuat naik melalui Facebook Group “Malaysia Automotive Shitposting“.

Beliau berkata, polis sedang mengesan perakam video itu bagi membantu siasatan.

Katanya, pemandu MPV serta tiga remaja berkenaan yang berusia 13 dan 16 tahun sudah dikesan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam kelmarin di Jalan Sultan Idris Shah.

“Semasa kejadian ibu remaja berkenaan berada dalam MPV terbabit yang dipandu oleh saudara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, individu yang merakam dua video itu pada masa kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber