Sebulan berpuasa, akhirnya umat Islam bakal menyambut bulan Syawal tidak lama lagi. Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri pada tahun ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan polis serta tentera sedia membuat siasatan lanjut terhadap rumah yang menerima lebih 20 tetamu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, siasatan yang bakal dijalankan bakal dipantau melalui jumlah kenderaan di halaman rumah. Sekiranya terdapat jumlah yang kenderaan yang banyak, sesebuah kediaman bakal disiasat dalam mengetahui jumlah tetamu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan usaha yang dibuat bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung ini dijalankan dalam memastikan orang ramai tidak berkumpul dalam jumlah yang ramai dalam sesebuah kawasan. Usaha in juga dijalankan sebagai langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

Setakat 16 Mei lalu, dilaporkan 500 kenderaan telah diarahkan untuk patah balik selepas terdapat cubaan untuk merentas negeri untuk balik kampung.

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

PKPB Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

Sumber