Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengenai individu yang dikehendaki selepas melarikan diri selepas dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Goh Leong Yong difahamkan telah melarikan sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM berhubung kes Macau Scam yang tular baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kenyataan yanng dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato’ Huzir bin Mohamed, lelaki berkenaan kini dikehendaki kerana beberapa kes berkaitan aktiviti perjudian.

“Suspek ini dikehendaki bersabit kesalahan melibatkan 3 (tiga) kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini.

Terdahulu, seorang individu sebelum ini dilaporkan telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan SPRM.

Kejadian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen terutama siapakah identiti sebenar lelaki berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan Harian Metro pada semalam, suspek itu telah melarikan diri menggunakan bantuan dua orang pengawal peribadi selepas berlaku kekecohan ketika dibawa ke pejabat SPRM untuk dokumentasi jaminan.

Baca lebih lanjut tentang bagaimana individu berkenaan melarikan diri melalui perkongsian kami sebelum ini di bawah.

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Sumber