Segelintir penunggang motosikal sering kali dilihat melanggar lampu isyarat apabila keadaan sekeliling nampak ‘selamat’ untuk melakukan kesalahan tersebut.

Satu rakaman dashcam daripada seorang penunggang motosikal menjadi bualan ramai apabila video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal lain dikejar polis dari belakang setelah dia melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa penunggang motosikal itu telah bergerak sedikit melanggar lampu isyarat merah, polis tersebut telah membunyikan hon sebagai ‘tanda peringatan’ agar penunggang motosikal itu tidak meneruskan niatnnya.

Namun, penunggang motosikal itu seperti tidak mengendahkan peringatan polis tersebut dan terus melanggar lampu isyarat merah. Semasa polis mahu mengejar penunggang motosikal degil itu, kelihatan polis itu menggelengkan kepala atas tindakan pengguna jalan raya tersebut.

Rata-rata orang ramai menyatakan sekiranya penunggang motosikal tersebut bersabar beberapa saat sahaja, sudah pasti dia tidak akan ditahan oleh polis yang kebetulan berada di situ.

Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya
Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya
Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya
Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya
Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya

Kata netizen lagi, andaikata penunggang itu terus memberhentikan motosikalnya setelah mendengar bunyi hon, sudah pasti dia tidak akan menerima apa-apa saman pada masa kejadian.

Patuhilah undang-undang jalan raya walaupun jalan yang kita lalu ‘nampak’ selamat untuk melanggar lampu merah kerana dari satu kesalahan yang dibuat akan menjadi satu kebiasaan atau tabiat yang tidak baik pula.

Dalam kisah lain pula, seorang remaja tersangkut di atas bumbung setelah motosikalnya dirempuh oleh pemandu Honda Civic. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Penunggang Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Selepas Dilanggar Honda Civic Bawa Dadah

Netizen Puji Pemandu Ini Kejar Suspek Didakwa Sengaja Langgar Lari Sebuah Motosikal