Biro Penguatkuasaan Khas (SEB) polis Andhra Pradesh telah berjaya merampas 200 tan ganja yang diproses di kampung Koduru berhampiran Anakalle di daerah Visakhapatnam di bawah program Operasi Parivartan.

Kebun itu berada di kawasan puak Visakhapatnam yang bersempadan dengan Odisha. Menurut VICE, pihak polis membakar kesemua ganja di wilayah yang terkenal dengan penanaman ganja dalam kuantiti yang banyak.

Ganja yang dirampas di kawasan tersebut, menurut polis, dianggarkan berharga sekitar USD$66 milion (RM276 juta). Ia dibakar dalam kuantiti yang banyak dengan kehadiran pegawai tertinggi polis negeri yang mengetuai operasi ini, Ketua Pengarah Polis D Gautam Sawang. Keseluruhan acara pembakaran ini telah dirakam oleh anggota polis menggunakan kamera dron di bawah pengawasan ketat.

Difahamkan, pihak polis telah menambah gula dan camphor – serbuk pokok – sebagai ‘pendinding’ supaya asap tidak menjejaskan mereka yang hadir.

“Kami ingin menghantar mesej bagaimana cara apa yang akan kami ambil untuk membendung ancaman yang melanda negara ini,” katanya kepada VICE. “Secara dasarnya, perkara ini berlaku secara senyap. Tetapi [operasi skala ini] adalah seperti rekod. Kami mahu orang ramai lihat [dan ambil perhatian]. Ia mungkin meragukan tetapi kami mahu menghantar mesej itu,” katanya.

Jurucakap CMO berkata operasi khas itu dilakukan untuk menghapuskan penanaman dan pembekalan ganja. Ia juga adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan negeri ini bebas dadah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, DGP berkata bahawa Operasi Parivartan telah dilancarkan pada 31 Oktober 2021. Antara November 2021 dan Februari 2022, pihak berkuasa SEB telah memusnahkan tanaman ganja di kawasan seluas 7,552 ekar.

Selain itu, operasi ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan para penduduk dengan menawarkan inisiatif untuk mereka yang terlibat dengan perdagangan ganja untuk mencari kerja lain bagi menampung hidup.

‘Mimpi jadi kenyataan’ – rakyat Thailand berkumpul, rayakan kebebasan menghisap ganja. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Mimpi Jadi Kenyataan’ – Rakyat Thailand Berkumpul, Rayakan Kebebasan Menghisap Ganja

Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Sistem Tubuh Anda?

Pernah Dihina Sebagai ‘Penagih’, Lelaki Ini Jadi CEO Pada Usia 28 Tahun Hasil Menanam Ganja