Polis di India telah dituduh memukul seorang lelaki sehingga mati kerana melanggar perintah ‘lockdown’ sejak ia berkuatkuasa beberapa hari lalu, lapor India Today.

Lal Swami berusia 32 tahun dipukul dengan tongkat polis atau lebih dikenali sebagai lathis ketika dia keluar dari rumah untuk membeli susu. Dia seterusnya dibawa ke hospital sebelum disahkan maut ketika dalam perjalanan ke sana.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Isteri mangsa yang berasal dari daerah Howrah, Bengal menuduh pihak polis yang bertanggungjawab membunuh suaminya yang hanya keluar untuk membeli susu. Namun ia dinafikan oleh pihak polis, mereka memberi alasan bahawa lelaki tersebut meninggal dunia kerana sakit jantung.

Sikap ‘tegas’ pegawai polis India mula ditonjolkan di dada media sosial dengan serangan ke atas orang awam yang gagal mematuhi perintah ‘lockdown’ selama 21 hari.

Di tengah-tengah situasi wabak yang melanda India dan berita tentang kekejaman pihak polis. Ahli politik dan pemilik perniagaan menyeru pihak polis tidak bertindak ganas kepada orang awam serta membenarkan mereka untuk keluar membeli barang keperluan seperti ubat dan makanan.

Shashi Tharoor, seorang ahli parlimen di India telah meminta pihak polis agar tidak bersikap terlalu tegas serta kepada orang awam yang keluar membeli barangan penting.

“Saya merayu kepada [polis Delhi dan] polis di seluruh negara untuk menghentikan keganasan ini,” katanya.

Bagi Krishnan Ganesh, seorang usahawan untuk barangan runcit dalam talian memberitahu NDTV India bahawa polis India tidak faham bahawa orang awam masih dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan keperluan harian.

“Polis tidak tahu mengenai perkhidmatan penting, mereka tidak mempunyai sistem untuk membenarkan dan tidak membenarkan seseorang [untuk keluar bagi mendapatkan barang keperluan],” katanya. “Dalam banyak kes, mereka bertindak kejam, mereka pukul orang. Di Kerala, salah seorang daripada pekerja kesihatan kami yang keluar untuk menjaga seorang pesakit telah ditahan. ”

Kerajaan India dalam kenyataan mereka telah berjanji akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mewujudkan satu sistem di mana rakyat mereka dibenarkan untuk keluar.

Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal berkata kerajaan sedang menyiapkan satu pas digital kepada mereka yang diberi kelonggaran untuk keluar, pas digital ini akan bertindak sebagai pas kebenaran untuk berada di luar.

Sebelum ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ ke atas India bagi menangani wabak COVID-19 yang menyerang negara. Notis ‘lockdown’ yang dikeluarkan empat jam sebelum ia dilaksanakan telah menimbulkan situasi panik dikalangan rakyat India.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Contohi Wuhan Untuk ‘Putuskan’ COVID-19

Penduduk 2 Kawasan Di Johor Diperintah ‘Berkurung’ Selepas Disahkan 61 Kes Positif COVID-19

AirAsia Sedia Gantung Perkhidmatan Hampir Semua Penerbangan Sehingga 25 April Ini

Anda Mungkin Suka