Jika polis di Dubai menggunakan kereta-kereta berkuasa tinggi untuk rondaan, baru-baru ini Polis Nasional Indonesia baru menerima kereta elektrik Tesla Model 3 sebagai kenderaan rasmi mereka.

Tesla Model 3 akan digunakan sebagai kereta peronda untuk unit trafik (Korlantas Polri). Kereta ini merupakan hasil sumbangan bersama oleh Ikatan Motor Indonesia (IMI) dan Prestige Image Motorcars.

vocket-polis-indonesia-kereta-elektrik-4
Sumber Gambar: Instagram Rudy Salim
vocket-polis-indonesia-kereta-elektrik-2
Sumber Gambar: Instagram Rudy Salim

“Hari ini kami menerima tetamu dari IMI, bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahhim tetapi kami mempunyai banyak perkara untuk dibincangkan untuk program kerjasama di masa hadapan.

“Pihak IMI datang ke sini untuk memberi pinjam sebuah kenderaan Tesla untuk kegunaan unit rondaan lalu,” kata Ketua Polis Trafik Indonesia melalui satu kenyataan bertulis.

Selain Tesla Model 3, unit Polis Nasional Indonesia menggunakan sebuah lagi kereta elektrik lain pada awal bulan Februari yang lalu. Ridwan Kamil yang merupakan Gabenor Jawa Barat telah memuat naik gambar kereta Hyundai Kona Electric yang digunakan oleh unit rondaan dan pengiring di dalam daerah Jawa Barat.

Nampaknya Indonesia telah mengambil inisiatif dalam mengurangkan kos dan melestarikan alam sekitar dengan penggunaan kereta-kereta elektrik dalam unit peronda dan pengiring polis mereka.

Pada minggu lalu, Jokowi telah menegaskan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan infrastruktur internet bagi kegunaan rakyat Indonesia.

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia

Sumber