Polis Kota Malang memohon maaf di atas tragedi kematian 131 orang di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober 2022. Permohonan maaf itu dibuat dengan kesemua anggota tunduk sujuk, ia termasuk dengan pegawai atasan sekali, lapor Kompas.

Bagi Reza Indragiri Amriel, pakar psikologi forensik dan pemerhati polis berharap agar sujud permohonan maaf yang dibuat oleh pihak polis ini sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan serta mampu menjadi penawar luka di atas kejadian berdarah yang membunuh ramai orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambah Reza lagi, sikap polis di Polis Kota Malang sama dengan tindakan simpati yang dilakukan oleh anggota polis di Amerika Syarikat yang melutut sebagai tanda maaf selepas kematian seorang warga minoriti kulit hitam, George Floyd pada 25 Mei 2020.

Sikap memohon maaf dan insaf amat penting sebagai satu bentuk kekesalan kepada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian itu kerana. luka batin yang dihadapi mangsa pasti akan terbuka untuk jangka masa yang lama, ditambah pula tragedi ini turut mendapat liputan media antarabangsa.

Reza turut berharap Polis bukan sahaja memohon maaf malah memperbaiki diri agar serius melakukan reformasi dalaman. “Ia telah berkembang pesat selama beberapa dekad, dan bergema sekali lagi dalam beberapa hari kebelakangan ini, tetapi bagaimanakah pembaharuan itu akan dilakukan?” kata Reza.

Untuk rekod, Ketua Polis Kota Malang, Kombes Budi Hermanto difahamkan turut tunduk bersama anggota polis lain pada himpunan pagi di pekarangan Mapolresta Kota Malang, Isnin lalu. Katanya, tindakan melutut dan sujud itu dilakukan bagi memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Selain itu, tambahnya, tindakan itu juga sebagai bentuk permohonan maaf kepada mangsa tragedi Kanjuruhan dan keluarga mereka.

“Kami mendoakan agar adik-adik Aremania dan Aremanita yang menjadi mangsa tragedi Kanjuruhan diterima di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan, dan kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT agar kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya. kata Buher. Beliau juga berharap keselamatan dan ketenteraman awam di Malang dapat kembali kondusif.