Susulan kejadian seorang lelaki memandu mengikut peraturan dan ditahan anggota polis trafik atas dakwaan telah melanggar lampu merah, Polis Daerah Ipoh telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Memetik kenyataan rasminya, pihak PDRM Ipoh mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada 5 Ogos 2022, pada pukul 7.28 pagi berhampiran dengan SMK Yuk Choy, Jalan Kuala Kangsar menghala ke Pusat Bandar Ipoh, Perak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sedang menjalankan siasatan dalaman dan telah mengenal pasti anggota polis trafik yang menjalankan tugas semasa kejadian itu berlaku.

Dalam kenyataan rasmi turut memaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sangat mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota mereka demi memperkasakan lagi tahap integriti badan kerajaan tersebut.

“PDRM daerah Ipoh ingin mengucapkan terima kasih kepada pemandu tersebut kerana memberi maklum balas tentang mutu perkhidmatan barisan hadapan PDRM.

“Pada masa sama, kami juga ingin memohon kerjasama daripada pemandu yang merakam video berkenaan supaya berhubung dengan ASP Salim Bin Ahmad, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 018 570 1739 untuk membantu siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Bin Hassan.

Terdahulu seorang lelaki berasa kurang puas hati setelah dituduh langgar lampu merah oleh polis trafik walaupun dia memandu mengikut peraturan. Klik pautan di bawah untuk baca reaksi netizen.

Memandu Ikut Peraturan, Lelaki Ini Bingung Dituduh Langgar Lampu Merah Oleh Polis Trafik

Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?

Individu Melakukan Perbuatan ‘Skodeng’ Boleh Dijatuhkan Hukuman Denda Dan Dipenjara