Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berikutan kesesakan yang berlaku di negeri itu ketika permulaan Ramadan lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Katanya, bagi memastikan keadaan lalu lintas lancar pada Aidilfitri nanti, pihaknya akan menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.

“Baru-baru ini semasa awal Ramadan mereka pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga sebelum pulang semula ke tempat kerja.

“Kita jangka perantau akan pulang semula sebelum ketibaan Syawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, semalam.

Pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Endianshah Endal menyerahkan surat serah tugas kepada Ketua Polis Daerah yang baharu Supt Zaizul Rizal Zakaria.

Ramai yang semestinya tidak mahu terlepas peluang untuk pulang ke kampung halaman selepas tidak berjaya berbuat demikian dua tahun berturut-turut kerana penularan wabak COVID-19. Buat anda yang bakal berhari raya di Kelantan tahun ini, boleh mula rancang perjalanan supaya tidak tersekat dalam kesesakan yang lama bila pulang ke kampung.

Tahun lalu, sekitar 500 kenderaan diarah patah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri untuk masuk ke Kelantan beberapa hari sebelum Aidilfitri. Baca lagi pada pautan di bawah.

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Selepas Gagal Masuk Kelantan

Penyelidik Temui Fosil Tapak Kaki Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Di Kelantan

Selamba ‘Tarik’ Sambil Tebar Roti, Kehebatan Suara Renggo Arrow Curi Perhatian Ramai

Sumber