PDRM dan JAWI semalam telah bertindak menyerbu ruang acara RexKL yang terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Serbuan itu dilakukan semasa acara Halloween yang berlangsung di premis terbabit.

Melalui ciapan BFM News di laman Twitter miliknya, dipercayai pihak polis dan JAWI telah bertindak menahan beberapa ‘drag queen’ dan kumpulan trangender yang menghadiri acara terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

 

Sebahagian pengunjung turut ditahan di premis terbabit sebelum dibebasakan tidak lama selepas itu.

Aktivis LGBT Numan Afifi menulis di Twitter bahawa 20 orang telah dibawa keluar dengan Black Maria untuk siasatan. Dia antara yang dipanggil untuk disoal siasat.

Setakat semalam juga, Numan berkata 20 orang telah menawarkan diri untuk membayar wang ikat jamin. Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan dijangka telah dibebaskan.

Insiden ini bagaimanapun menerima pandangan yang berbeza daripada netizen di media sosial.

Sebahagian daripada mereka menyokong tindakan polis dan sebahagian pula mengkritik tindakan tersebut dengan hujah bahawa kebebasan ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.