Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Model X70 merupakan kereta SUV pertama yang dilancar oleh Proton pada akhir tahun 2018 lalu dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai apabila Proton berjaya menjual lebih 48,000 unit dalam masa dua tahun (2019-2020).

Proton X70 turut dieksport ke beberapa buah negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan pasaran yang terbaharu di Kenya pada Ogos tahun lalu sebagai model CKD (Completely Knocked Down).

Terbaharu, pihak Proton Kenya baru sahaja menyerahkan sebanyak 30 unit SUV Proton X70 kepada pihak anggota keselamatan negara tersebut, ‘Kenya Police Service’ sebagai kenderaan rasmi mereka.

Menurut Proton Kenya, model SUV Proton X70 itu dapat membawakan gaya yang unggul, stabiliti lebih baik dan keselesaan buat Polis Negara Kenya semasa melaksanakan mandat mereka.

Upacara penyerahan 30 unit SUV tersebut yang mempunyai dua warna, biru dan hijau (tidak pernah ditawarkan di negara kita) telah dibuat di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road.

Baca lagi kenyataan lanjut Proton yakin dapat gandakan jualan eksport dalam masa satu tahun walaupun satu dunia terjejas dengan pandemik COVID-19.

Proton Optimis Dapat Gandakan Jualan Eksport Dalam Tempoh Setahun

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

Anda Mungkin Suka